Work Out Lagi..!

Pada Hari ini (Selasa, 02 Mac 2010), Dato' Malek Noor, Habin Faisal, Mohd Khairuddin & Imanuddin (Pengurus SynarGym) telah menjalani latihan bersama-sama di SynarGym pada pagi ini bermula jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi tadi.
Hari ini Dato' Malek lebih menjuruskan kepada latihan kardio. Ini teramat penting kerana bagi setiap mereka yang melakukan latihan membina otot-otot badan, dalam masa yang sama perlu tahu keperluan jantung dan kecerdasannya. Jantung yang sihat dan sesuai akan menjamin kestabilan peredaran darah dalam badan serta pada otot-otot yang beru terbentuk.

Ramai dikalangan ahli bina badan yang mengabaikannya dan menyebabkan komplikasi jantung berlaku. Ini kerana jantung tidak berupaya atau lemah untuk mengepam darah ke seluruh anggota badan. Ini boleh menyebabkan kematian secara mengejut akan berlaku. Oleh itu, perlu di ambil berat dan diberikan perhatian yang serius kepada penjagaan jantung dan latihan kardio. Ianya perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Adios..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan