Pengajaran Hari Ketigapuluh Tujuh

(Ahad, 18 April 2010), Kita berhak untuk memilih apa yang kita mahukan. Kuasa ada di tangan anda sekarang dan andalah yang memilih bagaimana untuk menggunakan kuasa itu dalam kehidupan anda. Anda boleh memilih :-
  • Untuk hidup lebih bahagia hari ini atau tunggu esok hari.
Apa yang anda rasa lebih baik?! Andalah yang memilih dan menentukannya..!

Pengajaran Hari Ketigapuluh Enam

(Sabtu, 17 April 2010), Untuk mengubah kehidupan kita pada suatu tahap, kita harus membuat keputusan samada ingin terus berada dalam kesengsaraan atau ingin hidup bahagia. Satu cara yang boleh kita lakukan ialah dengan memutuskan untuk mencari perkara-perkara yang harus diberi penghargaan, tidak kira apa sahaja.

Setelah kita mulai memberi tumpuan ke arah perkara yang baik dan positif, hukum tarikan akan bertindak balas seperti menyalin semula pemikiran anda. Dan perkara baik akan mula menjelma. Dan kemudian lebih banyak kebaikan akan muncul selepas itu.

Pengajaran Hari Ketigapuluh Lima

(Jumaat, 16 April 2010), Hukum tarikan adalah suatu yang formal. Ia bertugas seperti mesin fotostat. Hukum ini membuat salinan apa yang anda fikirkan dan rasai setiap saat dan menghantar salinan yang sama kepada anda, iaitu yang akan menjadi hidup anda. Itulah yang membuatkan anda berupaya mengubah seluruh hidup anda dengan mudah.

Untuk mengubah dunia luar anda, apa yang harus anda lakukan ialah dengan mengubah cara anda berfikir dan anda rasai sesuatu perkara. Hukum tarikan akan menyalin perubahan itu.

Pengajaran Hari Ketigapuluh Empat

(Khamis, 15 April 2010), Pemikiran akan dimanifestasikan dengan perkataan. Perkataan pula dimanifestasikan dengan tindakan. Tindakan akan membentuk tabiat. Tabiat akan menjadi sikap. Maka berhati-hatilah sebelum berfikir dan jagalah pemikiran anda dengan baik. Biarkan ia berbunga dengan cinta dan perhatian untuk semua manusia.

Pengajaran Hari Ketigapuluh Tiga

(Rabu, 14 April 2010), Fikirkanlah tentang kebaikan.

Berkata-katalah perkara yang baik.

Berbuat baiklah.

Tiga langkah ini akan mendatangkan lebih banyak perkara yang anda impikan..!

Pengajaran Hari Ketigapuluh Dua

(Selasa, 13 April 2010), Tahukah anda bahawa jika hidup anda tidak akan berubah, maka anda tidak wujud? alam semesta dan segala di dalamnya sentiasa berubah kerana alam ini dicipta dari tenaga. Tenaga hanya akan wujud jika berlaku pergerakan dan perubahan. Jika tenaga berhenti bergerak, seluruh alam ini dan segala kehidupan akan musnah.

Hidup kita juga adalah tenaga, bermakna ia perlu sentiasa bergerak dan terus berubah. Anda tidak boleh menghentikan pergerakan serta perubahan dalam hidup anda biarpun itu yang anda mahukan. Perubahan semulajadi terhadap tenaga memberikan kita kehidupan. Inilah yang menambahkan kehidupan dan mematangkan kita.

Pengajaran Hari Ketigapuluh Satu

(Isnin, 12 April 2010), Dari saat anda dilahirkan, anda mempunyai rakan alam semesta yang sentiasa disisi sepanjang hayat anda. Rakan kosmik ini mempunyai hubungan yang tidak dapat dibayangkan dan pelbagai cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu yang anda mahukan. Masa bukanlah halangan, bentuk bukanlah suatu masalah dan ruang tidak wujud bagi rakan kosmik. Segalanya boleh dilakukan oleh rakan alam semesta anda.

Dan apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengikut peraturan alam (sunnatul hayah). Bertanyalah dan setelah ituyakinlah dalam masa anda bertanya itu apa keinginan anda adalah milik anda.

Bayangkan, seluruh alam semesta berjuang untuk anda!

Pengajaran Hari Ketigapuluh

(Ahad, 11 April 2010), Anda mempunyai keupayaan untuk mengarah segalanya. Ini adalah cara bagaimana anda memberi arahan agar fikiran negatif berlalu pergi.

"Pergilah kau dari hidupku. Kamu bukanlah sebahagian daripada aku. Aku adalah roh. Aku hanya memberi ruang kepada kebaikan dan fikiran yang menyenangkan oleh roh".

Sesungguhnya benarlah kata-kata itu.

Pengajaran Hari Keduapuluh Sembilan

(Sabtu, 10 April 2010), Bumi dan manusia memerlukan anda. Mereka memerlukan anda dan kerana itulah anda berada disini.

Pengajaran Hari Keduapuluh Lapan

(Jumaat, 09 April 2010), Apabila kita memperkatakan tentang hubungan percintaan, sering kali kita fikirkan tentang pasangan yang kita inginkan. Tetapi jika anda fikirkan sedalamnya, bukanlah orang yang tertentu yang kita inginkan. Apa yang kita harapkan ialah untuk berbahagia dengan pasangan yang sempurna. Namun begitu, kita masih mencuba dan memberitahu kepada alam siapa yang kita harapkan. Sesunguhnya hanya yang Esa mengetahui dengan siapa kita akan hidup bahagia.

Mengapakah manusia sering berfikir mereka lebih mengetahui dari yang Maha Mengetahui...!

Pengajaran Hari Keduapuluh Tujuh

(Khamis, 08 April 2010), "Suatu perasaan tentang suatu keinginan yang besar, terhadap apa sahaja samada ianya mengembirakan atau membahagiakan semua itu adalah salah faham. Tidak ada manusia, tempat atau benda yang memberikan kebahagiaan kepada anda. Perkara-perkara itu mungkin penyebab ke arah kebahagiaan dan kedamaian tetapi hidup bahagia datangnya dari jiwa anda sendiri".
GENEVIEVE BEHREND (1881-1960)
Your Invisible Power.

Pengajaran Hari Keduapuluh Enam

(Rabu, 07 April 2010), Untuk mencipta hari esok yang lebih baik, lakukan muhasabah sebelum anda tidur dan semaikan rasa kesyukuran untuk saat-saat yang indah. Jika ada sesuatu yang anda inginkan berlaku dengan cara yang berbeza, mainkan semula di fikiran anda seperti yang anda mahukan. Apabila mata mula hendak terpejam, ucapkanlah "... saya akan tidur dengan nyenyak dan bangun dengan bertenaga. Esok adalah hari yang paling indah dalam hidup saya".

SELAMAT MALAM...!

Pengajaran Hari Keduapuluh Lima

(Selasa, 06 April 2010), Apabila anda baru mencuba untuk menguruskan persediaan diri (melalui pemikiran dan perasaan). Anda akan berhadapan dengan cabaran dan halangan dimana anda bertukar dari satu frekuensi ke frekuensi yang lain. Pada peringkat ini, ia sangatlah pendek tanpa anda sedari. Anda akan mula menyesuaikan diri pada frekuensi yang tinggi, kemudian lagi tinggi dan lagi tinggi dan seterusnya.

Sebenarnya ia memerlukan latihan untuk bergerak. Tetapi dengan semangat yang tinggi anda pasti dapat melakukannya.

Pengajaran Hari Keduapuluh Empat

(Isnin, 05 April 2010), Anda boleh mengubah jalan hidup anda dari yang gelap ke arah cahaya atau dari negatif kepada positif. Setiap detik yang anda tumpukan ke arah positif akan membawa lebih banyak cahaya dalam hidup anda. Dan anda tahu cahaya itu menghilangkan segala kegelapan. Kesyukuran, cinta, niat yang murni, kata-kata dan perbuatan akan membawa cahaya dan menghalau kegelapan.

Maka penuhkanlah hidup anda dengan cahaya yang positif.

Pengajaran Hari Keduapuluh Tiga

(Ahad, 04 April 2010), Jika anda mempunyai kawan yang sedang menghadapi kesulitan, bantulah mereka dengan mengekalkan emosi ceria anda. Keceriaan anda akan membantu melegakan diri mereka. Anda juga boleh membantu mereka dengan cuba mengalihkan topik perbincangan ke arah perkara yang mrereka inginkan. Apabila mereka mula memperkatakan apa yang mereka tidak mahu, cuba perlahan-lahan mengalihkan topik kepada perkara yang mereka inginkan. Selain itu, anda juga boleh memperkatakan sesuatu seolah-olah kesulitan mereka sudah berakhir dan cadangkan kepada mereka untuk membayangkan kesulitan telah berlalu dan ianya telah di selesaikan dengan baik.

Jadilah konduktor apabila anda bercakap dengan mereka dan bantulah mereka untuk terus berada di landasan alam sejagat.

Pengajaran Hari Keduapuluh Dua

(Sabtu, 03 April 2010), Anda merupakan rakan kongsi kepada hukum tarikan. Melalui perkongsian ini anda mencipta hidup anda. Setiap insan mempunyai perkongsian yang tersendiri dengan hukum tarikan. Anda menggunakan hukum itu untuk diri anda. Begitu juga orang lain menggunakannya untuk diri mereka sendiri. Anda tidak boleh menggunakan hukum tarikan keatas orang lain. Ia berlawanan dengan kehendak mereka. Apabila anda fikirkan tentang perkara ini, bersyukurlah hukum tarikan ini bertindak begitu. Jika tidak, orang lain boleh mencipta sesuatu dalam hidup anda yang anda tidak mahukan.

Andalah yang menciptakan perasaan dan pemikiran anda dan tiada sesiapa yang mengetahui apa yang anda fikirkan dan apa yang anda rasai.

Upacara Memeterai Perjanjian (Signing Ceremony)

Pada Jumaat, 02 April 2010 teelah diadakan satu majlis memeterai perjanjian antara rangkaian syarikat kerjasama KODANA Berhad dengan syarikat Sanabil Oil & Gas dan juga syarikat dari luar negara di pejabat KODANA Berhad.
Pemeteraian perjanjian ini bertujuan untuk melebarkan lagi sayap perniagaan dan kerjasama di peringkat global yang lebih besar dan ampuh di persada dunia.
Turut hadir dalam upacara ini wakil dari dalam dan luar negara yang menyaksikan peristiwa bersejarah ini.
Adios..!

Pengajaran Hari Keduapuluh Satu

(Jumaat, 02 April 2010), Kebaikan itu ada disebalik setiap sesuatu yang kelihatan negetif. Jika kita tahu tentang segala kebaikan termasuk di dalam situasi yang negetif, nanti kita akan melihat suatu situasi yang negetif bertukar menjadi positif. Kebanyakan kita menolak kebaikan ketepi kerana kita telah melebal sesuatu sebagai buruk dan akhirnya itulah yang menjadi realiti. Tetapi tidak ada satu pun yang buruk di alam ini, ia hanyalah ketidak upayaan kita melihat sesuatu perkara dengan jelas dalam perspektig yang lebih luas.

Keamanan akan hadir apabila kita mengetahui hanya kebaikan sahaja yang wujud.

Gambar sekitar penganugerahan DIMP

Pada (Selasa, 30 Mac 2010), Dato' Malek Noor (Pengerusi Great Malek Noor Consultancy) telah di anugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' pada istiadat penganugerahan pingat dan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-79 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menyampaikan pingat-pingat dan darjah kebesaran kepada penerima di Balairung Seri Istana Abu Bakar.



Adios..!

Pengajaran Hari Keduapuluh

(Khamis, 01 April 2010), Jangan sesekali memaksa orang lain untuk berubah, biarkan mereka berubah secara beransur-ansur dengan kehendak mereka sendiri. Mereka akan berubah akhirnya apabila melihat perubahan anda merupakan suatu yang berbaloi.

"Sesungguhnya dengan menanamkan semangat untuk berubah ke arah kebaikan kepada orang lain adalah suatu perkara yang mulia, tetapi biarkanlah mereka berubah dengan sendiri tanpa paksaan dan anda akan menjadi lebih mulia".
Christian D. Larson (1874-1954)
Mastery of Self.