Forum Maulidur Rasul

Pada hari ini (Sabtu, 27 Februari 2010), Forum Perdana di adakan di Karnival Sempena Maulidur Rasul 1431H. Karnival ini di adakan selama 5 hari bermula dari 24 Februari dan berakhir pada 28 Februari 2010.

Karnival selama 5 hari ini di anjurkan oleh Sukarelawan Muslim Perak (Semarak) Kawasan Taiping dengan kerjasama Wadah Event Management serta Jabatan Agama Islam Perak. Antara penaja kepada karnival ini adalah KODANA Berhad, Bertam Padu Enterprise, Safa dan Craft Idea.

Forum pada malam hari ini membincangkan tentang peri pentingnya menjadikan Rasulullah sebagai idola dan ikutan sepanjang zaman. Antara ahli panel yang terlibat ialah Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed (Pengarah Urusan Great MALEK NOOR Consultancy), Wan Aishah Wan Arifin (Bekas Penyanyi & Artis Popular) dan Ismail Zainuddin (Mal- bekas vokalis kumpulan WING) dan dipengerusikan oleh Haji Haslin bin Baharim (Pengarah Eksekutif Great MALEK NOOR Consultancy). Sepatutnya pada malam ini, antara panel forumnya ialah Dato' Malek Noor sendiri tetapi kerana beliau terpaksa berada di Saigon, Vietnam menghadiri persidangan sehingga esok (28 Februari 2010).

Forum Perdana pada malam ini yang di selitkan dengan nyanyian yang dinyanyikan sendiri oleh panel yang terdiri dari Aishah dan Mal-Wing sebanyak 6 buah lagu. Ianya mendapat sambutan yang hangat dari hadirin yang menghadiri Karnival Maulidur Rasul ini. Di karnival ini, yang berlangsung selama 5 hari ini menyediakan pelbagai aktiviti dan program yang menarik serta gerai jualan. Berkonsepkan hiburan dan ilmu pengetahuan serta penerapan nilai yang baik yang berfokuskan kepada golongan muda dan remaja secara khususnya dan pengunjung karnival secara amnya.

Adios..!

Ceramah Maulidur Rasul

Pada hari ini (Jumaat, 26 Februari 2010), Pengarah Urusan Great MALEK NOOR Consultancy, iaitu Haji Habin Faisal bin Mohamed telah di jemput untuk menyampaikan Ceramah sempena Maulidur Rasul. Program tersebutbertempat di Surau Ar- Rahimah Puncak Alam Fasa 1.

Di dalam program tersebut yang dihadiri oleh penduduk setempat mendapat sambutan yang meriah. Dan Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed telah menekankan peri pentingnya menghidupkan kembali sunnah Nabi s.a.w. dizaman ini demi menjamin masa depan umat Islam seluruhnya.

Disamping itu juga, ummat Islam perlulah kuat dan hebat dari segi ekonomi yang bakal menjamin kesinambungan perjuangan Rasulullah s.a.w. Beliau menekankan peri pentingnya ekonomi sebagaimana yang diberi penekanan oleh Baginda s.a.w. sendiri ketika hayat Baginda s.a.w. dan bagaimana baginda mengukuhkan ekonomi baginda dan pera sahabat sebagaimana yang disebutkan di dalam siirah (perjalanan hidup) Rasulullah s.a.w. itu sendiri.

Semoga program tersebut akan melahirkan lebih ramai ummat Islam yang berdaya saing dan juga mengamalkan serta menghidupkan kembali sunnah Rasulullah s.a.w. serta mempraktikkan di dalam kehidupan seharian mereka.

Adios..!

Muktamar / Persidangan Star Trac M.E.A.T. di Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam

Pada hari ini ( Rabu, 24 Februari 2010), Dato' Malek Noor akan menghadiri satu Muktamar atau persidangan penting Star Trac Middlle East and Asia Team (M.E.A.T.) di Ho Chi Minh City (Saigon) Vietnam. Dato' Malek Noor akan berada disana bermula 24 Februari 2010 hingga 28 Februari 2010 untuk menghadiri muktamar di peringkat Asia dan Timur Tengah.

Muktamar atau persidangan peringkat Asia dan Timur Tengah tersebut yang akan berlangsung selama 4 hari bermula hari ini sehingga 27 Februari 2010. Ianya di adakan di sebuah hotel yang terkemuka di Saigon itu sendiri iaitu Hotel Caravelle - HCM, Vietnam.
Antara perkara yang bakal dibincangkan di dalam persidangan tersebut ialah berkaitan dengan keperihatinan berkaitan dengan kesihatan dan kecerdasan. Bagaimana ingin meningkatkan lagi kualiti kesihatan dan kecerdasan badan dan perlunya dalam kehidupan seharian dewasa ini. Ianya juga akan memperbincangkan berkaitan dengan peralatan dan kelengkapan baru yang terkini dan berkualiti. Tujuan persidangan ini diadakan kerana keperihatinan terhadap kesihatan dan kecerdasan serta kualiti kesihatan penduduk asia dan timur tengah yang sering di ambil mudah oleh orang ramai.

Dato' Malek mengharapkan persidangan ini akan memberi era baru kepada asia dan timur tengah dalam mengorak langkah menjaga kesihatan dan kecerdasan diri.
Adios.

Work Out..!

Pagi hari ini (Selasa, 23 Februari 2010), Dato' Malek Noor bersama dengan rakan kongsinya Habin Faisal Mohamed telah memulakan harinya seperti biasa iaitu 'workout' di Gym dibawah kelolaan syarikat Dato' Malek sendiri yang bertempat di Sooka Sentral.

Menjadi kelaziman bagi Dato' Malek dan rakan kongsinya 'workout' setiap hari di sini dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi pada setiap hari pada hari bekerja kecuali hari isnin. Beliau selalu menekankan faktor kesihatan dan kecerdasan diri dalam menjalani kehidupan seharian. Dato' Malek terkenal dengan seorang yang begitu menjaga tahap kesihatan dan kecerdasan badan.

Berbekalkan kelangkapan dan peralatan yang terkini dan tercanggih menambahkan lagi kualiti latihan serta kecerdasan. Semua peralatan disini dilengkapi dengan peralatan yang terbaru dan terbaik serta berkualiti yang di import khas dari luar negara. Gym ini yang dikenali dengan SynarGym ini terbahagi kepada tiga bahagian serta bilik-bilik latihan khas dan trek tersendiri. Ianya juga menyediakan kemudahan 'rock climbing'. Tempatnya yang luas dan tersusun rapi menjanjikan keselesaan kepada pengunjung. Kerana itulah tempat ini menjadi pilihan Dato' Malek Noor.

Ke Kota Kinabalu Sabah

Pada hari ini (Ahad, 21 Februari 2010), Dato' Malek Noor ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menghadiri satu mesyuarat penting yang melibatkan salah sebuah syarikat beliau yang bercawangan di Sabah, Malaysia. Beliau akan pulang kembali ke semenanjung Malaysia pada esok harinya (Isnin, 22 Februari 2010).

Ceramah Kesihatan dan Kecergasan

Pada hari ini (Sabtu, 20 Februari 2010), jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari Dato' Malek Noor menghadiri bagi memenuhi satu jemputan menyampaikan ceramah kesihatan dan kecergasan bertempat di Hospital Selayang Selangor Darul Ehsan.

Dato' Malek Noor telah menghadirinya atas jemputan pihak Hospital Selayang untuk menyampaikan ceramah berkenaan dengan kepentingan kesihatan dan kecergasan tubuh badan sebagaimana tuntutan bahawa 'akal yang sempurna berada pada tubuh badan yang sihat".

Pihak GMNC memohon maaf kerana tidak dapat merakamkan gambar berkaitan dengan program ceramah Dato' Malek Noor di Hospital Selayang pagi ini.

Adios..!

Kursus Kesihatan dan Kecergasan Badan

Kursus Kesihatan dan Kecergasan
oleh : Dato' Malek Noor
Anjuran : Kementerian Belia dan Sukan
Dengan Kerjasama : Great MALEK NOOR Consultancy
Bertempat : Gym Rakyat, Panji Kota Bharu Kelantan







Kehadiran : Dianggarkan peserta melebihi 100 orang yang mengikuti kursus tersebut.
Pihak GMNC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta dan yang terlibat menjayakan program ini.

Adios..!

Kursus Asas Pemakanan

Kursus Asas Pemakanan
oleh : Dato' Malek Noor
Anjuran : Kementerian Belia dan Sukan
dengan kerjasama : Great Malek Noor Consultancy
Tarikh : 19 Februari 2010
Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan






Bertujuan :
1. Memberi pendedahan dan pengetahuan asas tentang pemakanan dan kesan makanan kepada kesihatan dan kecergasan.
2. Memberi maklumat berkaitan pemakanan bagi mencapai kesihatan dan kecergasan sukan yang seimbang.
3. Mampu menguruskan pengambilan makanan bagi mencapai kesihatan dan kecergasan yang optimum.
4. Mengetahui bahan ergoganik dan produk nutrisi sukan serta kesan pengambilannya.
5. Mengetahui dan memahami cara dan kaedah mencapai berat badan unggul.
6. Mengetahui tabiat pengambilan pemakanan dan kesannya dari segi psikologi.

Peserta yang mengikuti kursus pemakanan ini dianggarkan lebih 100 orang peserta.
Pihak GMNC mengucapkan syabas kepada semua peserta dan mereka yang menjayakan program ini.

Adios..!

Intro GMNC

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Pihak Great MALEK NOOR Consultancy mengucapkan selamat datang kepada semua ke laman blog rasmi kami ini. Singkatannya dikenali sebagai GMNC. Setialah melayari laman blog GMNC4U ini untuk mendapatkan segala info serta maklumat terkini tentang aktiviti serta program yang bakal dilaksanakan oleh GMNC sepanjang tahun. Semoga ianya akan memberi manfaat yang berganda kepada semua.

Rasional
Kewujudan Great MALEK NOOR Consultancy difikirkan perlu pada dewasa ini kerana masyarakat mula 'ihmal' atau tidak menghiraukan serta mengambil sambil lewa tentang masalah penjagaan diri dan kesihatan. Harapan GMNC bahawa dengan tertubuhnya konsultan yang seumpama ini akan memberi kesedaran kepada umum tentang peri-pentingnya penjagaan kesihatan dan penjagaan diri dalam kehidupan seharian.

Tujuan
Great MALEK NOOR Consultancy ditubuhkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umum tentang pentingnya penjagaan diri dan kesihatan disamping mengejar kemewahan serta keselesaan hidup. Ini kerana ramai yang menganggap bahawa duit adalah matlamat terutama dan segala-galanya sehingga mengabaikan kesihatan dan penjagaan diri.

Matlamat
GMNC bermatlamat memberi kesedaran yang menyeluruh tentang penjagaan diri dan kesihatan dengan sentuhan emas dari Wira Bina Badan Negara yang tidak asing lagi iaitu Dato' Malek Noor sendiri. Dengan menyertai GMNC, semua akan mendapat sentuhan emas serta khidmat nasihat secara langsung dari Dato' Malek Noor sendiri yang telah diakui dan diiktiraf diperingkat antarabangsa.

Objektif

01. Meningkatkan taraf hidup yang lebih cerdas dan sihat serta berkualiti.

02. Mendapatkan khidmat nasihat dari pakar dalam bidang tersebut.

03. Berkongsi pengalaman kejayaan dengan semua.

04. Meningkatkan taraf hidup yang lebih sihat dan berjaya.

Moto
"Healthy is Wealthy" & "Kesihatan adalah Kemewahan dan Kekayaan"

Disamping itu juga, GMNC akan memberikan khidmat nasihat, tunjuk cara serta bimbingan dalam pelbagai aspek yang menjadi kepakaran pihak GMNC. Mereka yang menyertai GMNC akan mendapat manfaat yang berterusan dari semasa ke semasa. Semoga khidmat yang bakal ditawarkan oleh pihak GMNC akan memberi impak yang cemerlang kepada semua mereka yang bersama dengan GMNC.

Besarlah harapan kami agar usaha yang kecil dan sedikit ini dapat membantuk lebih ramai untuk berketrampilan serta berdaya saing di persada tanah air mahupun antarabangsa.

Sekian, Adios. Wassalam.