Malam GBE Night di KODANA

Setiap hari selasa seperti hari ini (09 Mac 2010) jam 9.30 malam. Menjadi rutin mingguan kepada Dato' Malek Noor memberi penerangan kepada para usahawan tentang produk yang dihasilkan oleh syarikatnya iaitu Great Bio Energy Sdn. Bhd. Bersama-sama yang akan berkongsi ilmu keusahawanan di dalam program malam GBE night ini tidak lain tidak bukan iaitu Dato Elias Omar, pengasas kepada KODANA Berhad dan selaku rakan kongsi Dato' Malek Noor dalam Great Bio Energy Sdn Bhd. Dato' Elias Omar seorang usahawan yang terkenal dikalangan usahawan tanah air yang telah berjaya mengembangkan perniangaannya ke persada global lebih 10 tahun yang lalu.

Kehadiran usahawan pada setiap minggu ke pejabat KODANA Berhad yang terletak di Ara Damansara, Petaling Jaya amat menggalakkan. Setiap minggu bilik persidangan dipenuhi dengan para usahawan yang mencari peluang untuk menambahkan pendapatan mereka serta mempelajari sesuatu yang baru dari Dato' Malek Noor sendiri.
Dato' Malek Noor seperti biasa yang tidak lokek untuk berkongsi dengan para usahawan tentang kejayaan-kejayaan beliau selama ini. Bagi anda yang ingin menimba ilmu dan menambah pengetahuan tentang keusahawanan bolehlah ke KODANA Berhad setiap Selasa jam 9.30 malam.

Adios..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan