Pengajaran Hari Kesembilanbelas

(Rabu, 31 Mac 2010), Kenapa sering kita lihat kereta berjenama dijaga dengan rapi oleh pemiliknya sedangkan kereta lama kelihatan kotor dan tidak kemas di dalamnya?!

Perbezaannya ialah tentang bukti penghargaan...!

Penghargaan terhadap apa yang anda miliki akan menghasilkan apa yang anda inginkan...

Pengajaran Hari Kelapanbelas

(Selasa, 30 Mac 2010), Salah satu perkara besar yang anda boleh lakukan untuk mengubah situasi kewangan anda ialah dengan mengambil 10% daripada hasil yang anda perolehi dan dermakannya. Inilah yang digelar sebagai "spiritual law of tithing". Dan ia merupakan langkah yang besar yang anda boleh lakukan untuk menambahkan wang dalam hidup anda.

Pengajaran Hari Ketujuhbelas

(Isnin, 29 Mac 2010), Menurut hukum tarikan, jalan untuk menghilangkan penyakit adalah dengan tidak melawan penyakit itu. Jika anda bercadang untuk melawan penyakit, matlamat anda adalah untuk melawan penyakit dan kita menarik apa yang kita tumpukan. Biarkan doktor yang anda pilih melakukan tugasnya dan tumpukan fikiran anda terhadap kesihatan anda.

Fikirkan kesejahteraan diri anda. Ucapkan perkara-perkara yang baik. Dan bayangkan diri anda yang sihat sejahtera.

Forum Perdana Ehwal Islam - Cinta Allah, Ikut Rasul

Pada hari ini (Sabtu, 27 Mac 2010), Pengarah Urusan GMNC (Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed) dan juga Pengarah Eksekutif GMNC (Haji Haslin bin Baharim) telah dijemput untuk untuk menjadi panel kepada Forum Ehwal Islam sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran Surau As-Sakeenah TTDI Jaya. Forum pada hari ini dibicarakan di bawah tajuh Cinta Allah, Ikut Rasul.
Antara ahli panel yang turut menjayakan Forum Ehwal Islam pada malam ini ialah Saudara Shah Kirit Kalkulal Govindji. Beliau yang berpengalaman dalam perihal perbandingan agama serta kajian tentang agama-agama menyentuh serba sedikit tentang persamaan yang timbul antara ajaran agama samawi serta juga agama lain yang mempunyai asas yang sama dengan agama Islam itu sendiri. Cara penyampaian beliau dapat memukau penonton yang ada. Sungguh mengagumkan dengan fakta dan isu yang diketengahkan.Disamping itu juga, beliau berkongsi sedikit sebanyak dengan pengalaman hidup beliau serta keputusan besar yang beliau telah ambil dalam hidupnya dan agamanya.Forum ini bertujuan memupuk rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan ketaatan kepada Allah s.w.t. Ustaz Haslin Baharim selaku moderator pada malam ini menekankan konsep ilmu serta mengkaji sirah kehidupan Rasulullan s.a.w. sebagai ikutan dan tauladan. Cara dan teknik penyampaian beliau membuatkan penonton terpaku. Itulah kehebatan Al-Fadhil Ustaz Haji Haslin yang lebih dikenali dengan jolokan nama Ustaz Bollywood.
Manakala Haji Habin Faisal Mohamed menerangkan tentang penghayatan kepada sunnah dan sirah Rasulullah akan menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Bagaimana riwayat hidup Rasulullah s.a.w. yang perlu dihayati dan diamalkan menjamin kebahagiaan, kesejahteraan dan kekayaan bagi kehidupan dunia dan akhirat. Membongkar rahsia hidup Rasulullah s.a.w. dan jadikan baginda sebagai ikutan akan memberi kelebihan bagi setiap individu yang berbuat demikian walaupun sekecil mana sunnah yang difahami dan dipraktikkan. Orang yang mendapat Cinta Allah dan menjadikan Rasul sebagai ikutan akan beruntung di dunia dan akhirat.
Turut serta bersama-sama menghadirkan diri pada majlis forum malam ini ialah rakan kongsi kepada Haji Habin Faisal Mohamed dariapada HFZ Team iaitu Saudara Nor Hisham Sabralmulisi serta Ustaz Mohd Zamany Yaakub.

Adios...!

Pengajaran Hari Keenambelas

(Ahad, 28 Mac 2010), Bagaimana rasanya berada di dalam keadaan harmoni dengan alam semesta?

Itulah perasaan yang sama apabila anda terapung di dalam air. Jika anda berasa tertekan atau tidak menyukai air, anda akan tenggelam. Jika anda menyerahkan jiwa raga anda kepada air, air itu akan membantu anda untuk terapung. Maka itulah perasaannya dan itulah caranya untuk anda berdamai dengan alam semesta.

Buangkanlah tekanan,maka kita akan terapung..!

Pengajaran Hari Kelimabelas

(Sabtu, 27 Mac 2010), Cinta adalah kuasa yang terunggul yang kita miliki untuk berada di dalam situasi yang benar-benar harmoni dengan hukum tarikan. Semakin dalam perasaan cinta, semakin besar kuasa kita. Semakin kita tidak mementingkan diri dalam soal cinta, semakin luas dan hebatnya kuasa kita.

Hukum tarikan juga dipanggil sebagai undang-undang cinta kerana undang-undang itu sendiri merupakan anugerah cinta kepada manusia. Inilah undang-undang dimana kita boleh mencipta kehidupan yang luar biasa untuk diri kita sendiri.

Semakin dalam perasaan cinta kita, semakin besar kuasa kita untuk mencipta sebuah kehidupan yang hebat yang dipenuhi dengan cinta, bahagia dan harmoni.

Pengajaran Hari Keempatbelas

(Jumaat, 26 Mac 2010), Apabila anda mula mempersoalkan tentang kehidupan, ianya menandakan anda mengalami suatu perubahan besar dalam hidup.

Realiti kehidupan sentiasa berada dihadapan kita, tetapi hanya mereka yang bertanya akan mendapat jawapan serta menemui kebenaran. Apabila kita bertanya soalan dan begitu ingin tahu jawapannya, bermakna kita akan menarik jawapan dalam bentuk yang kita fahami.

Untuk mendapat jawapan-jawapan dalam hidup ini anda haruslah mula bertanya.

Pengajaran Hari Ketigabelas

(Khamis, 25 Mac 2010), "Revolusi yang terhebat dalam era generasi manusia adalah penemuan oleh manusia dimana dengan mengubah ciri-ciri dalam fikiran akan merubah aspek-aspek luaran dalam hidup mereka". - William James (1842-1910).

Pengajaran Hari Keduabelas

(Rabu, 24 Mac 2010), Setiap individu menarik di setiap saat dalam hidup masing-masing. Maka, apabila anda rasakan bahawa hukum tarikan tidak berjaya untuk anda kerana anda tidak dapat apa yang anda mahukan, jelaslah hukum itu telah bertindak balas pada anda. Anda telah menarik apa yang anda mahukan atau anda menarik sesuatu yang anda tidak ada. Hukum tarikan itu masih berlaku.

Gambar sekitar program Sehari bersama Usahawan KODANA Berhad

DMN bergambar kenangan dengan pihak yang bertanggungjawab menjayakan program Sehari Bersama Usahawan KODANA Berhad.
Tok Penghulu dan Shahril (Pengurus PSBUKB) sedang menyampaikan hadiah.
Pertunjukan tarian Igal-Igal yang menjadi kebanggaan orang Sabah.
Lagi tarian Igal-Igal..
Haji Habin Faisal Mohamed & En. Zulkhairi Zainal (Pegawai Perpaduan Daerah) sedang menyampaikan hadiah kepada peserta.
Menyampaikan hadiah kepada peserta.
Halim (Bekas Vokalis kumpulan Kris) menyampaikan sebuah lagu yang berjudul Tiara.
DMN menyampaikan hadiah kepada peserta.
DMN dihulurkan sejamnak bunga oleh peminat ketika mendendangkan sebuah lagu... Gempak Habis..!
DMN sedang menemu ramah seorang suri rumah yang pernah menggunakan produk Great Bio Energy - 1001 Oil.
DMN beramah mesra dengan penduduk setempat..
DMN sedang menyampaikan ucapan alu-aluan..
antara tetamu VIP yang hadir..
Antara hadirin yang membanjiri program PSBUKB




Chief Mohd Nizam Baharim sedang memberi taklimat program kepada DMN setibanya di lokasi Program PSBUKB. Turut kelihatan ialah Haji Habin Faisal Mohamed, Bapak Jefri, Fadzlon dan Nismah.

Adios..!

Pengajaran Hari Kesebelas

(Selasa, 23 Mac 2010), Usaha..! Usaha..! Usaha..! dan anda akan sampai ke suatu tahap dimana prinsip-prinsip yang GMNC ajarkan ini akan menjadi perkara kedua penting kepada anda. Anda akan menjadi seorang yang perihatin terhadap kata-kata yang diucapkan oleh orang lain terutamanya apabila mereka memperkatakan tentang perkara yang tidak disukai. Anda juga menjadi berhati-hati dengan apa yang anda ucapkan.

Apabila anda sampai ke tahap ini, itu tandanya anda menjadi semakin berwaspada. Dengan sendirinya anda telah menjadi seorang yang semakin berhati-hati dan berwaspada.

Selamat tiba di KLIA dari Tawau, Sabah

Pada hari ini (Isnin, 22 Mac 2010), Alhamdulillah Dato' Malek Noor dan Haji Habin Faisal Mohamed telah selamat tiba dari Tawau dengan penerbangan MAS MH 2661 pada jam 2.30 petang. Dato' Malek Noor telah dijemput oleh Pak Nik dan terus ke tempat meeting serta urusan protokol mengadap kebawah Duli Tuanku pada hujung bulan nanti.

Manakala Haji Habin Faisal Mohamed pula telah dijemput oleh Saudara Mohd Zamany Yaakub dan terus ke Ibu Pejabat Polis Kajang menguruskan tentang laporan PDRM dan menguruskan perkara berkaitan dengan kemalangan kereta yang lepas.

Program Sehari Bersama Usahawan KODANA Berhad

Pada hari ini (Ahad, 21 April 2010) Jam 8.00 malam, Pengasas dan Pengerusi Great Malek Noor Consultancy (Dato' Malek Noor) dan Pengarah Urusan Great Malek Noor Consultancy (Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed) telah menghadiri Program Sehari Bersama Usahawan KODANA Berhad. Turut serta dalam rombongan ini ialah Ustaz Khusairi dan Ustazah Nur Izzati Ibrahim.

Program Sehari bersama Usahawan KODANA Berhad yang mendapat kerjasama daripada KRT Kamping Sri Jaya Semporna Sabah ini bermula seawal jam 9.00 pagi lagi. Aturcara program @ karival sehari ini telah mendapat sambutan dari seawal jam 9.00 pagi dengan pelbagai pameran produk KODANA Berhad dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KODANA Berhad.

Secara ringkasnya aturcara adalah sebagaimana berikut :-
09.00 pagi
- Karnival bermula
10.00 pagi
- Pameran
- Pertandingan Karaoke
07.30 malam
- Ketibaan Para Jemputan
08.00 malam
- Ucapan aluan ketua kampung
- Ucapan pelancaran selayang pandang oleh Pengarah Perpaduan
- Demonstrasi oleh Dato' Malek Noor
- Persembahan Nyanyian DMN
- Cabutan Bertuah
- Persembahan Nyanyian Halim (Kumpulan Kris)
- Cabutan bertuah
- Pengumuman pemenang
12.30 malam
- Majlis selesai.

Rombongan Dato' Malek Noor telah kembali selepas selesai program dan tiba di Belmont Marco Polo Hotel,Tawau lebih kurang jam 01.30 pagi (Isnin, 22 April 2010).

** Gambar tidak dapat di upload kerana masalah server internet yang kurang baik. Pihak kami akan upload di lain waktu.

Adios..!

Pengajaran Hari Kesepuluh

(Isnin, 22 Mac 2010), Berikut adalah perkara yang mudah dan bermakna yang boleh anda lakukan setiap hari untuk mewujudkan susana harmoni yang positif dengan alam semesta dan hukum tarikan.

Duduklah dengan selesa. Rasakan perasaan anda ketika ini dan sekarang rehatkanlah seluruh tubuh badan anda. Apabila anda telah rehatkan tubuh badan anda, rehatkan lagi badan anda. Sekarang cuba rehatkan lagi tubuh badan anda dan seterusnya rehatkan lagi... Ulang langkah rehatkan diri ini sebanyak tujuh kali dan lakukannya bersungguh-sungguh. Apabila telah selesai cuba hayati perbezaan yang anda rasai dan bandingkan situasi diri anda sebelumnya.

Sekarang anda akan lebih harmoni dengan alam semesta dan hukum tarikan.

Kami Selamat Tiba di Tawau..!

Pada hari ini (Ahad, 21 April 2010), Kami telah selamat tiba di Tawau dalam perjalanan ke Program Sehari Bersama Usahawan KODANA Berhad yang di adakan perkarangan Gelanggang Kg Sri Jaya Semporna Sabah. Kami telah selamat tiba dengan penerbangan MAS MH2660 tepat jam 11.05 pagi.
Kami memilih untuk menginap di Hotel Marco Polo, Tawau sebelum ke Program Sehari Bersama Usahawan KODANA Berhad. Ketibaan kami disini disambut oleh kakak dan abang kepada Haji Habin Faisal Haji Mohamed yang sememangnya tinggal di Tawau Sabah.
Turut serta bersama menyambut ketibaan kami Suharli, Nismah dan Halim (Vokalis Kumpulan Kris) dari Team AGEN KODANA Berhad. Kami diberi taklimat ringkas tentang program yang akan di adakan pada malam ini dan seterusnya kami menuju ke hotel penginapan untuk berehat.

Adios..!

Tragedi malam Sabtu, Malang tidak Berbau..!

Pada malam ini (Sabtu, 20 April 2010), Satu tragedi yang tidak disangka-sangka telah berlaku. Sebagaimana yang selalu disebutkan bahawa malang tidak berbau..!
Pada malam ini, Satu tragedi malang telah menimpa kereta yang dipandu oleh Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed (Pengarah Urusan Great Malek Noor Consultancy). Turut berada di dalam kenderaan BMW 7 Series milik Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed sewaktu kejadian ialah Dr. Fathi Khalifa Agob dan Saudara NorHisham Sabralmulisi.
Kejadian ini berlaku sewaktu perjalanan dari Bandar Baru Bangi menuju ke Subang Jaya. Apabil sampai di jalan Persiaran Jaya, Seksyen 8, Bangi.. Sebuah kereta proton wira berwarna kelabu telah meluru dengan lajunya memotong di sebelah kiri jalan. Tiba-tiba kereta tersebut terlanggar pembahagi jalan dan terus terbang melayang ke arah kereta yang dipandu oleh Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed. Beliau telah cuba mengelak setelah diberitahu oleh saudara NorHisham Sabralmulisi bahawa sebuah kereta melayang ke arah sisi kereta sebelah kiri dengan lajunya. Dengan sedaya upaya, beliau cuba mengelak tetapi kejadian terlalu pantas dan telah menghentam sisi kiri kenderaan yang dipandu oleh Tuan Haji Habin Faisal Haji Mohamed.
Menurut saksi kejadian, sekiranya kenderaan yang kami naiki itu bukan jenis kenderaan yang tahan lasak dan diakui keselamatannya nescaya keadaan Saudara Norhisham yang pada kala itu berada di tempat duduk sebelah kiri pemandu mungkin mengalami kecederaan yang serius.
Walaubagaimanapun, bersyukur kerana semuanya selamat dan kami tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius.

Adios..!

Pengajaran Hari Kesembilan

(Ahad, 21 Mac 2010), Anda adalah manusia yang unik dan hebat. Dalam sejuta manusia di planet ini, tiada orang lain seperti anda. Kewujudan anda adalah penting untuk melaksanakan fungsi anda dibumi kerana anda adalah sebahagian daripada alam semesta ini. Sesungguhnya segala yang ada tidak akan wujud tanpa anda.

WorkOut lagi..!

Pada hari ini (Sabtu, 20 Mac 2010), Seperti hari-hari biasa dalam mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat, Dato' Malek Noor bersama dengan Haji Habin Faisal Mohamed dan NorHisham Sabralmulisi menggegarkan aktiviti pagi mereka dengan workout di SynarGym Sooka Sentral.

Sudah menjadi amalan Dato' Malek Noor dan rakan kongsinya untuk menjaga kesihatan dan kecergasan badan. Sebagaimana slogan yang selalu dinyatakan oleh beliau ialah "Healthy is Wealthy". Pada hari ini, instruktor yang bersama-sama berbincang dan memberi tunjuk ajar serta pandangan ialah Pak Wan.

Masa yang dihabiskan selama lebih kurang dua jam itu dimanfaatkan sepenuhnya dengan latihan kecerdasan. Kami di GMNC begitu mengambil berat tentang kesihatan dan kecerdasan badan. Sebagaimana kata-kata pujangga bahawa Akal yang cerdas berada pada tubuh badan yang cergas.

Adios...!

Pengajaran Hari Kelapan

(Sabtu, 20 Mac 2010) Kita menarik kepada diri kita perkara yang kita pendamkan. Kita menarik dalam setiap situasi, setiap orang dan dalam setiap keadaan berdasarkan pengalaman yang wujud dalam diri kita. Tiada yang lebih hebat dari situasi ini.

Hidup anda adalah umpama cermin yang anda pendamkan dalam jiwa anda dan apa yang anda pendamkan itu sentiasa di dalam kawalan anda.

Roadshow to Semporna, Sabah

Kepada semua fans Dato' Malek Noor, sila ketemui beliau di Semporna pada 21 Mac 2010. Dato' Malek Noor akan bertolak kesana dengan penerbangan pertama pada 21 Mac 2010 jam 8.45 pagi.

Program ini yang dianjurkan oleh Chief Trainer KODANA Berhad iaitu Chief Mohd Nizam Baharin. Ianya bertujuan memberi pendedahan kepada beberapa peluang bisnes untuk semua serta promosi kepada produk keluaran syarikat dibawah rangkaian KODANA Berhad yang dikenali dengan Great Group of Companies.

Bagi mereka yang berada berdekatan, jangan lepaskan peluang untuk bersua muka dengan Dato' Malek Noor secara langsung dan beliau akan berkongsi rahsia kejayaan beliau dengan anda.

Adios..!

Pengajaran Hari Ketujuh

(Jumaat, 19 Mac 2010) Dua perkataan yang apabila diucapkan merupakan sesuatu yan berkuasa yang akan merubah segalanya dalam hidup anda. Dua perkataan yang apabila diucapkan oleh bibir anda akan membawa keceriaan dan kebahagiaan sejati kepada anda. Ia juga mencipta keajaiban dalam hidup anda, menghapuskan unsur negetif dan menghasilkan banyak perkara. Dua perkataan ini apabila dituturkan dan dirasakan dengan jujur akan bertindak balas terhadap aura-aura di sekeliling seolah-oleh bergerak untuk anda.

Ia adalah dua perkataan yang hadir diantara anda, kebahagiaan dan kehidupan yang anda impikan... TERIMA KASIH!

Pengajaran Hari Keenam

(Khamis, 18 Mac 2010) "Kebahagiaan itu bergantung kepada diri kita sendiri". - Aristotle -

DMN & GMNC Team ke Penang, Kedah & Perak

Pada hari ini (Selasa, 16 Mac 2010), Dato' Malek Noor dan GMNC Team telah ke utara untuk beberapa tujuan 'meeting' dan roadshow produk keluaran salah sebuah syarikat Dato' Malek Noor sendiri iaitu Great Bio Energy - 1001 Oil yang dikeluarkan oleh syarikat beliau iatu Great Bio Energy Sdn. Bhd. dan dipasarkan secara eklusifnya oleh KODANA Berhad. Antara GMNC Team yang turut serta dalam rombongan kali ini ialah rakan kongsi beliau sendiri iaitu Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed, Mohd. Khairuddin bin Omar, Mohd Zamany bin Yaakub dan Nor Hisham Sabramulisi.

Di Penang, Dato' Malek Noor & GMNC Team telah menghadiri satu 'meeting' di Tanjung Tokong, Pulau Pinang bagi tujuan membina & menubuhkan Great Malek Noor Fitness Centre. Tujuan pembinaan dan penubuhan Great Malek Noor Fitness Centre bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kecergasan dan kesihatan kepada penduduk setempat khususnya dan Pulau Pinang secara amnya.

Setelah selesai meeting di Penang, GMNC Team bergegas ke Bandar Darul Aman Kedah untuk tujuan meeting yang berkaitan produk Great Bio Energy. Alhamdulillah Team GMNC dapat menyelesaikan satu urus niaga yang penting disana. Walau bagaimanapun Team GMNC tidak dapat bersama-sama dengan Team KODANA yang sedang mengadakan promosi Great Bio Energy di Ipoh Perak pada masa yang sama.

Dato' Malek Noor & GMNC Team memohon jutaan kemaafan kepada semua yang hadir pada program di Syuen Hotel, Ipoh kerana tidak dapat bersua dengan Dato' Malek Noor pada malam ini dan diharapkan semoga kita akan ketemu lagi dimasa yang lain. Team GMNC mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda semua kepada kami dan Dato' Malek Noor secara peribadinya.

Dato' Malek Noor & GMNC Team telah selamat sampai ke Kuala Lumpur pada jam 4.30 pagi (Rabu, 17 Mac 2010).

Adios..!