Ceramah Maulidur Rasul

Pada hari ini (Ahad, 07 Mac 2010), Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed Pengarah Urusan Great Malek Noor Consultancy telah dijemput untuk menyampaikan ceramah sempena Maulidur Rasul dengan memberi kupasan tentang Wanita- Wanita Anggun Disisi Rasulullah s.a.w.

Program ceramah tersebut di adakan di Surau Al-Munawwarah Sy 13 Shah Alam bermula jam 9.30 pagi. Kehadiran amat memberansangkan dan kebanyakannya terdiri dari kaum wanita. Tidak ketinggalan untuk turut serta dalam program ini semua ahli keluarga Team HFZ.

Di dalam program ceramah tersebut, antara isu yang dikupas ialah berkaitan dengan sumbangan golongan wanita dalam penyebaran Islam dan peri pentingnya golongan wanita dalam membantu ke arah pembangunan Insan dan Negara serta Agama itu sendiri.

Tokoh wanita yang dibahaskan dan menjadi idola serta ikutan ialah Zinnirah, Asma' binti Abu Bakar, Asma' binti Yazid, Asma' binti "Uwais dan Fatimah binti Al-Khattab.

Adios...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan