Forum Perdana Ehwal Islam - Cinta Allah, Ikut Rasul

Pada hari ini (Sabtu, 27 Mac 2010), Pengarah Urusan GMNC (Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed) dan juga Pengarah Eksekutif GMNC (Haji Haslin bin Baharim) telah dijemput untuk untuk menjadi panel kepada Forum Ehwal Islam sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran Surau As-Sakeenah TTDI Jaya. Forum pada hari ini dibicarakan di bawah tajuh Cinta Allah, Ikut Rasul.
Antara ahli panel yang turut menjayakan Forum Ehwal Islam pada malam ini ialah Saudara Shah Kirit Kalkulal Govindji. Beliau yang berpengalaman dalam perihal perbandingan agama serta kajian tentang agama-agama menyentuh serba sedikit tentang persamaan yang timbul antara ajaran agama samawi serta juga agama lain yang mempunyai asas yang sama dengan agama Islam itu sendiri. Cara penyampaian beliau dapat memukau penonton yang ada. Sungguh mengagumkan dengan fakta dan isu yang diketengahkan.Disamping itu juga, beliau berkongsi sedikit sebanyak dengan pengalaman hidup beliau serta keputusan besar yang beliau telah ambil dalam hidupnya dan agamanya.Forum ini bertujuan memupuk rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan ketaatan kepada Allah s.w.t. Ustaz Haslin Baharim selaku moderator pada malam ini menekankan konsep ilmu serta mengkaji sirah kehidupan Rasulullan s.a.w. sebagai ikutan dan tauladan. Cara dan teknik penyampaian beliau membuatkan penonton terpaku. Itulah kehebatan Al-Fadhil Ustaz Haji Haslin yang lebih dikenali dengan jolokan nama Ustaz Bollywood.
Manakala Haji Habin Faisal Mohamed menerangkan tentang penghayatan kepada sunnah dan sirah Rasulullah akan menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Bagaimana riwayat hidup Rasulullah s.a.w. yang perlu dihayati dan diamalkan menjamin kebahagiaan, kesejahteraan dan kekayaan bagi kehidupan dunia dan akhirat. Membongkar rahsia hidup Rasulullah s.a.w. dan jadikan baginda sebagai ikutan akan memberi kelebihan bagi setiap individu yang berbuat demikian walaupun sekecil mana sunnah yang difahami dan dipraktikkan. Orang yang mendapat Cinta Allah dan menjadikan Rasul sebagai ikutan akan beruntung di dunia dan akhirat.
Turut serta bersama-sama menghadirkan diri pada majlis forum malam ini ialah rakan kongsi kepada Haji Habin Faisal Mohamed dariapada HFZ Team iaitu Saudara Nor Hisham Sabralmulisi serta Ustaz Mohd Zamany Yaakub.

Adios...!

1 ulasan: