Pada malam ini (Sabtu, 20 April 2010), Satu tragedi yang tidak disangka-sangka telah berlaku. Sebagaimana yang selalu disebutkan bahawa malang tidak berbau..!


Kejadian ini berlaku sewaktu perjalanan dari Bandar Baru Bangi menuju ke Subang Jaya. Apabil sampai di jalan Persiaran Jaya, Seksyen 8, Bangi.. Sebuah kereta proton wira berwarna kelabu telah meluru dengan lajunya memotong di sebelah kiri jalan. Tiba-tiba kereta tersebut terlanggar pembahagi jalan dan terus terbang melayang ke arah kereta yang dipandu oleh Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed. Beliau telah cuba mengelak setelah diberitahu oleh saudara NorHisham Sabralmulisi bahawa sebuah kereta melayang ke arah sisi kereta sebelah kiri dengan lajunya.

Menurut saksi kejadian, sekiranya kenderaan yang kami naiki itu bukan jenis kenderaan yang tahan lasak dan diakui keselamatannya nescaya keadaan Saudara Norhisham yang pada kala itu berada di tempat duduk sebelah kiri pemandu mungkin mengalami kecederaan yang serius.
Walaubagaimanapun, bersyukur kerana semuanya selamat dan kami tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius.Adios..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan