Pengajaran Hari Kesebelas

(Selasa, 23 Mac 2010), Usaha..! Usaha..! Usaha..! dan anda akan sampai ke suatu tahap dimana prinsip-prinsip yang GMNC ajarkan ini akan menjadi perkara kedua penting kepada anda. Anda akan menjadi seorang yang perihatin terhadap kata-kata yang diucapkan oleh orang lain terutamanya apabila mereka memperkatakan tentang perkara yang tidak disukai. Anda juga menjadi berhati-hati dengan apa yang anda ucapkan.

Apabila anda sampai ke tahap ini, itu tandanya anda menjadi semakin berwaspada. Dengan sendirinya anda telah menjadi seorang yang semakin berhati-hati dan berwaspada.

Selamat tiba di KLIA dari Tawau, Sabah

Pada hari ini (Isnin, 22 Mac 2010), Alhamdulillah Dato' Malek Noor dan Haji Habin Faisal Mohamed telah selamat tiba dari Tawau dengan penerbangan MAS MH 2661 pada jam 2.30 petang. Dato' Malek Noor telah dijemput oleh Pak Nik dan terus ke tempat meeting serta urusan protokol mengadap kebawah Duli Tuanku pada hujung bulan nanti.

Manakala Haji Habin Faisal Mohamed pula telah dijemput oleh Saudara Mohd Zamany Yaakub dan terus ke Ibu Pejabat Polis Kajang menguruskan tentang laporan PDRM dan menguruskan perkara berkaitan dengan kemalangan kereta yang lepas.

Program Sehari Bersama Usahawan KODANA Berhad

Pada hari ini (Ahad, 21 April 2010) Jam 8.00 malam, Pengasas dan Pengerusi Great Malek Noor Consultancy (Dato' Malek Noor) dan Pengarah Urusan Great Malek Noor Consultancy (Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed) telah menghadiri Program Sehari Bersama Usahawan KODANA Berhad. Turut serta dalam rombongan ini ialah Ustaz Khusairi dan Ustazah Nur Izzati Ibrahim.

Program Sehari bersama Usahawan KODANA Berhad yang mendapat kerjasama daripada KRT Kamping Sri Jaya Semporna Sabah ini bermula seawal jam 9.00 pagi lagi. Aturcara program @ karival sehari ini telah mendapat sambutan dari seawal jam 9.00 pagi dengan pelbagai pameran produk KODANA Berhad dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KODANA Berhad.

Secara ringkasnya aturcara adalah sebagaimana berikut :-
09.00 pagi
- Karnival bermula
10.00 pagi
- Pameran
- Pertandingan Karaoke
07.30 malam
- Ketibaan Para Jemputan
08.00 malam
- Ucapan aluan ketua kampung
- Ucapan pelancaran selayang pandang oleh Pengarah Perpaduan
- Demonstrasi oleh Dato' Malek Noor
- Persembahan Nyanyian DMN
- Cabutan Bertuah
- Persembahan Nyanyian Halim (Kumpulan Kris)
- Cabutan bertuah
- Pengumuman pemenang
12.30 malam
- Majlis selesai.

Rombongan Dato' Malek Noor telah kembali selepas selesai program dan tiba di Belmont Marco Polo Hotel,Tawau lebih kurang jam 01.30 pagi (Isnin, 22 April 2010).

** Gambar tidak dapat di upload kerana masalah server internet yang kurang baik. Pihak kami akan upload di lain waktu.

Adios..!

Pengajaran Hari Kesepuluh

(Isnin, 22 Mac 2010), Berikut adalah perkara yang mudah dan bermakna yang boleh anda lakukan setiap hari untuk mewujudkan susana harmoni yang positif dengan alam semesta dan hukum tarikan.

Duduklah dengan selesa. Rasakan perasaan anda ketika ini dan sekarang rehatkanlah seluruh tubuh badan anda. Apabila anda telah rehatkan tubuh badan anda, rehatkan lagi badan anda. Sekarang cuba rehatkan lagi tubuh badan anda dan seterusnya rehatkan lagi... Ulang langkah rehatkan diri ini sebanyak tujuh kali dan lakukannya bersungguh-sungguh. Apabila telah selesai cuba hayati perbezaan yang anda rasai dan bandingkan situasi diri anda sebelumnya.

Sekarang anda akan lebih harmoni dengan alam semesta dan hukum tarikan.

Kami Selamat Tiba di Tawau..!

Pada hari ini (Ahad, 21 April 2010), Kami telah selamat tiba di Tawau dalam perjalanan ke Program Sehari Bersama Usahawan KODANA Berhad yang di adakan perkarangan Gelanggang Kg Sri Jaya Semporna Sabah. Kami telah selamat tiba dengan penerbangan MAS MH2660 tepat jam 11.05 pagi.
Kami memilih untuk menginap di Hotel Marco Polo, Tawau sebelum ke Program Sehari Bersama Usahawan KODANA Berhad. Ketibaan kami disini disambut oleh kakak dan abang kepada Haji Habin Faisal Haji Mohamed yang sememangnya tinggal di Tawau Sabah.
Turut serta bersama menyambut ketibaan kami Suharli, Nismah dan Halim (Vokalis Kumpulan Kris) dari Team AGEN KODANA Berhad. Kami diberi taklimat ringkas tentang program yang akan di adakan pada malam ini dan seterusnya kami menuju ke hotel penginapan untuk berehat.

Adios..!

Tragedi malam Sabtu, Malang tidak Berbau..!

Pada malam ini (Sabtu, 20 April 2010), Satu tragedi yang tidak disangka-sangka telah berlaku. Sebagaimana yang selalu disebutkan bahawa malang tidak berbau..!
Pada malam ini, Satu tragedi malang telah menimpa kereta yang dipandu oleh Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed (Pengarah Urusan Great Malek Noor Consultancy). Turut berada di dalam kenderaan BMW 7 Series milik Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed sewaktu kejadian ialah Dr. Fathi Khalifa Agob dan Saudara NorHisham Sabralmulisi.
Kejadian ini berlaku sewaktu perjalanan dari Bandar Baru Bangi menuju ke Subang Jaya. Apabil sampai di jalan Persiaran Jaya, Seksyen 8, Bangi.. Sebuah kereta proton wira berwarna kelabu telah meluru dengan lajunya memotong di sebelah kiri jalan. Tiba-tiba kereta tersebut terlanggar pembahagi jalan dan terus terbang melayang ke arah kereta yang dipandu oleh Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed. Beliau telah cuba mengelak setelah diberitahu oleh saudara NorHisham Sabralmulisi bahawa sebuah kereta melayang ke arah sisi kereta sebelah kiri dengan lajunya. Dengan sedaya upaya, beliau cuba mengelak tetapi kejadian terlalu pantas dan telah menghentam sisi kiri kenderaan yang dipandu oleh Tuan Haji Habin Faisal Haji Mohamed.
Menurut saksi kejadian, sekiranya kenderaan yang kami naiki itu bukan jenis kenderaan yang tahan lasak dan diakui keselamatannya nescaya keadaan Saudara Norhisham yang pada kala itu berada di tempat duduk sebelah kiri pemandu mungkin mengalami kecederaan yang serius.
Walaubagaimanapun, bersyukur kerana semuanya selamat dan kami tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius.

Adios..!

Pengajaran Hari Kesembilan

(Ahad, 21 Mac 2010), Anda adalah manusia yang unik dan hebat. Dalam sejuta manusia di planet ini, tiada orang lain seperti anda. Kewujudan anda adalah penting untuk melaksanakan fungsi anda dibumi kerana anda adalah sebahagian daripada alam semesta ini. Sesungguhnya segala yang ada tidak akan wujud tanpa anda.

WorkOut lagi..!

Pada hari ini (Sabtu, 20 Mac 2010), Seperti hari-hari biasa dalam mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat, Dato' Malek Noor bersama dengan Haji Habin Faisal Mohamed dan NorHisham Sabralmulisi menggegarkan aktiviti pagi mereka dengan workout di SynarGym Sooka Sentral.

Sudah menjadi amalan Dato' Malek Noor dan rakan kongsinya untuk menjaga kesihatan dan kecergasan badan. Sebagaimana slogan yang selalu dinyatakan oleh beliau ialah "Healthy is Wealthy". Pada hari ini, instruktor yang bersama-sama berbincang dan memberi tunjuk ajar serta pandangan ialah Pak Wan.

Masa yang dihabiskan selama lebih kurang dua jam itu dimanfaatkan sepenuhnya dengan latihan kecerdasan. Kami di GMNC begitu mengambil berat tentang kesihatan dan kecerdasan badan. Sebagaimana kata-kata pujangga bahawa Akal yang cerdas berada pada tubuh badan yang cergas.

Adios...!

Pengajaran Hari Kelapan

(Sabtu, 20 Mac 2010) Kita menarik kepada diri kita perkara yang kita pendamkan. Kita menarik dalam setiap situasi, setiap orang dan dalam setiap keadaan berdasarkan pengalaman yang wujud dalam diri kita. Tiada yang lebih hebat dari situasi ini.

Hidup anda adalah umpama cermin yang anda pendamkan dalam jiwa anda dan apa yang anda pendamkan itu sentiasa di dalam kawalan anda.

Roadshow to Semporna, Sabah

Kepada semua fans Dato' Malek Noor, sila ketemui beliau di Semporna pada 21 Mac 2010. Dato' Malek Noor akan bertolak kesana dengan penerbangan pertama pada 21 Mac 2010 jam 8.45 pagi.

Program ini yang dianjurkan oleh Chief Trainer KODANA Berhad iaitu Chief Mohd Nizam Baharin. Ianya bertujuan memberi pendedahan kepada beberapa peluang bisnes untuk semua serta promosi kepada produk keluaran syarikat dibawah rangkaian KODANA Berhad yang dikenali dengan Great Group of Companies.

Bagi mereka yang berada berdekatan, jangan lepaskan peluang untuk bersua muka dengan Dato' Malek Noor secara langsung dan beliau akan berkongsi rahsia kejayaan beliau dengan anda.

Adios..!

Pengajaran Hari Ketujuh

(Jumaat, 19 Mac 2010) Dua perkataan yang apabila diucapkan merupakan sesuatu yan berkuasa yang akan merubah segalanya dalam hidup anda. Dua perkataan yang apabila diucapkan oleh bibir anda akan membawa keceriaan dan kebahagiaan sejati kepada anda. Ia juga mencipta keajaiban dalam hidup anda, menghapuskan unsur negetif dan menghasilkan banyak perkara. Dua perkataan ini apabila dituturkan dan dirasakan dengan jujur akan bertindak balas terhadap aura-aura di sekeliling seolah-oleh bergerak untuk anda.

Ia adalah dua perkataan yang hadir diantara anda, kebahagiaan dan kehidupan yang anda impikan... TERIMA KASIH!

Pengajaran Hari Keenam

(Khamis, 18 Mac 2010) "Kebahagiaan itu bergantung kepada diri kita sendiri". - Aristotle -

DMN & GMNC Team ke Penang, Kedah & Perak

Pada hari ini (Selasa, 16 Mac 2010), Dato' Malek Noor dan GMNC Team telah ke utara untuk beberapa tujuan 'meeting' dan roadshow produk keluaran salah sebuah syarikat Dato' Malek Noor sendiri iaitu Great Bio Energy - 1001 Oil yang dikeluarkan oleh syarikat beliau iatu Great Bio Energy Sdn. Bhd. dan dipasarkan secara eklusifnya oleh KODANA Berhad. Antara GMNC Team yang turut serta dalam rombongan kali ini ialah rakan kongsi beliau sendiri iaitu Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed, Mohd. Khairuddin bin Omar, Mohd Zamany bin Yaakub dan Nor Hisham Sabramulisi.

Di Penang, Dato' Malek Noor & GMNC Team telah menghadiri satu 'meeting' di Tanjung Tokong, Pulau Pinang bagi tujuan membina & menubuhkan Great Malek Noor Fitness Centre. Tujuan pembinaan dan penubuhan Great Malek Noor Fitness Centre bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kecergasan dan kesihatan kepada penduduk setempat khususnya dan Pulau Pinang secara amnya.

Setelah selesai meeting di Penang, GMNC Team bergegas ke Bandar Darul Aman Kedah untuk tujuan meeting yang berkaitan produk Great Bio Energy. Alhamdulillah Team GMNC dapat menyelesaikan satu urus niaga yang penting disana. Walau bagaimanapun Team GMNC tidak dapat bersama-sama dengan Team KODANA yang sedang mengadakan promosi Great Bio Energy di Ipoh Perak pada masa yang sama.

Dato' Malek Noor & GMNC Team memohon jutaan kemaafan kepada semua yang hadir pada program di Syuen Hotel, Ipoh kerana tidak dapat bersua dengan Dato' Malek Noor pada malam ini dan diharapkan semoga kita akan ketemu lagi dimasa yang lain. Team GMNC mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda semua kepada kami dan Dato' Malek Noor secara peribadinya.

Dato' Malek Noor & GMNC Team telah selamat sampai ke Kuala Lumpur pada jam 4.30 pagi (Rabu, 17 Mac 2010).

Adios..!

Pengajaran Hari Kelima

(Rabu, 17 Mac 2010) Walau dimana anda berada, tidak kira betapa susah sesuatu perkara itu anda sentiasa digerakkan ke arah kehebatan. Setiasa..! Ingatlah ianya akan sentiasa demikian..!

Pengajaran Hari Keempat

(Selasa, 16 Mac 2010) Lihatlah segala yang anda perolehi. Terutamanya apabila anda berhadapan dengan situasi yang negetif. Setiap perkara yang kita tumpukan akan menyerap ke dalam jiwa. Yang mana segalanya adalah untuk kebaikan kita.

Menyesuaikan diri dengan perkara baru dan hala tuju hidup yang baru. Ianya memerlukan ciri-ciri yang baru dan kekuatan yang akan digunakan untuk mencapai sesuatu yang hebat di dalam hidup kita.

Rakaman Rancangan Hati Lelaki di TV3

Rakaman untuk rancangan Hati Lelaki yang bakal ditayang di TV3 pada 07 April 2010 jam 11.00 pagi.

Adios..!

Pengajaran Hari Ketiga

(Isnin, 15 Mac 2010) Sesungguhnya alam ini mendorong dan berinteraksi dengan anda setiap saat dalam hidup anda. Ia memberi tindak balas terhadap pemikiran anda dan ia juga memberi maklum balas yang tak ternilai melalui perasaan anda. Perasaan anda merupakan interaksi 'KOSMIK'!. Perasaan yang menyenangkan adalah bagus untuk anda. Perasaan yang tidak baik juga akan mendapat perhatian anda dan ianya akan mengubah perkara yang sedang anda tumpukan.

Sentiasa berada di dalam INTERAKSI KOSMIK iaitu yang bersama anda setiap hari. Anda tidak pernah bersendirian walaupun sesaat. Alam ini sentiasa bersama anda di setiap detik dan langkah, menunjukkan jalan untuk anda. Anda hanya perlu mendengar dan memahaminya.

Rancangan Sukan @1 bersama Dato' Malek Noor

Pada hari ini (Ahad, 14 Mac 2010), Program Sukan @1 telah menjemput Dato' Malek Noor dalam bual bicara sukan secara langsung di TV1. Rancangan ini yang ditayangkan sebagaimana biasa bermula jam 12.30 tengahari.

Dalam program bual bicara sukan ini, Dato' Malek Noor diminta membicarakan tentang pengalaman beliau di dalam sukan bina badan dan hala tuju sukan ini pada masa yang akan datang. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang sukan bina badan dan memenangi Mr. Asia sebanyak enam kali serta Finalis Mr. Universe sebanyak dua kali. Banyak pengalaman dan pandangan yang dapat dikongsikan oleh Dato' Malek Noor dengan para penonton.

Lt. Kom. Kamaruzzaman selaku Setiausaha Agung Persatuan Bina Badan Malaysia turut dijemput di dalam bual bicara sukan bersama-sama dengan Dato' Malek Noor pada kali ini. Beliau juga mengharapkan supaya semua pihak memberi sokongan yang padu dalam menentukan hala tuju sukan bina badan di negara ini pada masa mendatang.

Dato' Malek Noor dalam program bual bicara Sukan @1 ini mengenakan pakaian korporat KODANA. Ia menampilkan imej korporat yang menunjukkan hala tuju serta fokus Dato' Malek Noor pada masa kini setelah bersara dalam arena sukan bina badan.

Adios..!

Pengajaran Hari Kedua

(Ahad, 14 Mac 2010) Apa sahaja perasaan yang anda rasai dalam diri anda akan mempengaruhi hari esok anda.

Perasaan risau akan menyebabkan bertambah Risau. Perasaan takut akan menyebabkan bertambah takut. Perasaan sedih akan menyebabkan bertambah sedih. Perasaan tidak berpuas hati akan menambahkan lagi tidak berpuas hati.
Dan...
Perasaan ceria akan menambahkan ceria. Perasaan bahagia akan menyebabkan lebih bahagia. Perasaan aman akan menyebabkan bertambah aman. Perasaan syukur menambahkan lagi syukur. Perasaan kebaikan menambahkan lagi kebaikan. Perasaan sayang menambahkan lagi rasa sayang.

Apa yang anda perlu lakukan ialah dalaman anda. Untuk mengubah dunia anda, apa yang harus anda lakukan ialah mengubah apa yang anda rasai dalam jiwa anda. Mudahkan..!

Menyingkap Rahsia Hidup - Pengajaran Harian

Kami di GMNC & HFZ Team akan berkongsi dengan anda prinsip-prinsip yang jelas setiap hari tentang bagaimana untuk meneruskan kehidupan berlandaskan undang-undang semulajadi (Sunnatul Hayah) dan yang paling utama ialah untuk setiap insan lakukan ialah "untuk hidup". Kita boleh menjadi tuan kepada kehidupan dengan TERUS HIDUP.

Dalam perjalanan ini, pengajaran selama setahun. InsyaAllah. Penjelasan, kefahaman dan kebijaksanaan yang akan kita terima setiap hari akan membantu untuk kita hidup berpandukan undang-undang semulajadi (sunnatul hayah) supaya kita akan menjadi "Raja dalam hidup kita".

Pengajaran Hari Pertama
(Sabtu, 13 Mac 2010) Untuk cepat melakukan perubahan dalam hidup, amalkanlah konsep BERSYUKUR untuk mengubah tenaga anda. Apabila anda meletakkan semua tenaga anda dalam bentuk KESYUKURAN, anda akan melihat keajaiban berlaku dalam hidup anda.

Untuk mengubah sesuatu dalam perkara dengan pantas dalam hidup anda, setiap hari tulislah 100 perkara yang anda syukuri sehingga anda melihat ada perubahan pada diri anda dan anda merasai kesyukuran. Semangat anda terletak pada perasaan yang anda gambarkan dengan perkataan "KESYUKURAN".